NADI MAHIR Masak sesi 1 - vii
10 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 09 Februari 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Masak sesi 1 - vii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:30 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR menerangkan cara pembuatan burger serta senarai peralatan yang diperlukan pada minggu ke 8. Selain itu, guru MAHIR memberitahu resepi bagi pembuatan Belgian Almond Coklat Cip Cookies. Seterusnya, guru MAHIR mengajar langkah-langkah bagi pembuatan burger dan guru MAHIR memberitahu resepi bagi patty burger ayam dan daging dan resepi sos blackpepper.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai cara pembuatan burger. Antara lain, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik di antara staf, guru MAHIR dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: